One Health Discussion: British High Commission Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk tahun 2026, British High Commission Kuala Lumpur telah menawarkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjayakan agenda One Health nasional. Oleh yang demikian, Unit Kawalan Infeksi telah mengambil peluang tersebut untuk membentangkan pelan tindakan National AMR Committee (NARC) semasa perbincangan secara dalam talian dengan pihak BHC KL berkaitan AMR dalam sektor alam sekitar.

Pelan tindakan ini adalah selari dengan mandat UNGA 2024, dan Global Action Plan on AMR (WHO) 2026-2036, memandangkan sektor alam sekitar kekal sebagai jurang kritikal yang memerlukan perhatian dasar peringkat tinggi yang segera, pembiayaan mampan, serta akauntabiliti pelbagai sektor. 

Diharapkan dengan pengurusan alam sekitar yang aktif serta memenuhi piawaian pelaporan global TrACSS, inisiatif ini  berupaya memastikan komitmen bagi memperluas survelan alam sekitar dan integrasi data One Health AMR yang merangkumi air mentah, air sisa daripada sumber berpotensi (hospital, ladang ternakan, loji), dan tanah. Selain itu, langkah ini diharapkan dapat memperkukuh penguatkuasaan kawalan pelepasan efluen industri untuk mencegah sisa antimikrob, serta mewujudkan senarai pemantauan AMR yang merangkumi patogen AMR dan sisa antimikrob.