Perbincangan Wound Care Data Surveillance

Perbincangan Wound Care Data Surveillance yang diadakan di Bilik Mesyarat CPRSK telah memperincikan agenda berkaitan pemantauan data penjagaan luka. Perbincangan dimulakan dengan sesi pembentangan daripada Sektor Penjagaan Kesihatan Primer, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan diteruskan dengan pembentangan mengenai templat pengawasan bersepadu (MOH Integrated Wound Surveillance Template 2026) yang merupakan hasil rumusan dan perbincangan daripada bengkel khas yang telah dilaksanakan pada awal tahun.

Perbincangan telah memfokuskan kepada usaha memantapkan pengurusan data penjagaan luka melalui penambahbaikan sistem dokumentasi digital secara kolaboratif serta penyelarasan kaedah pelaporan. Disebabkan terdapat perbezaan pendekatan dalam pengumpulan data antara Program Kesihatan Awam dan Program Perubatan yang dipengaruhi oleh keperluan fungsi masing-masing, persetujuan dicapai untuk mengekalkan sistem sedia ada namun mengekstrak kategori data utama bagi tujuan analisis bersepadu di peringkat kebangsaan.

Bagi memastikannya lebih efektif, beberapa langkah penyelarasan akan dilaksanakan termasuklah menyemak semula definisi dan penyeragaman kategori survelan, dengan sasaran pelaksanaan sistem pemantauan baharu dijadualkan bermula pada Januari 2027.