Discussion on C&P for IPC Allied Health

Rangka kerja Credentialing & Privileging yang berstruktur untuk Pencegahan dan Kawalan Infeksi (IPC) telah dibangunkan bagi anggota kesihatan bersekutu, khususnya Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan. Objektif utama rangka kerja ini adalah untuk mengesahkan kelayakan, latihan, dan kecekapan pengamal penjagaan dalam amalan IPC, mengurangkan jangkitan serta meningkatkan keselamatan pesakit di fasiliti KKM.

Cadangan ini telah dibentangkan oleh Unit Kawalan Infeksi, CPRSK dalam talian untuk berkongsi pandangan, kepakaran serta menambah baik pelaksanaan C&P IPC bersama wakil daripada Bahagian Kejururawatan, Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Institut Latihan KKM, perkhidmatan perubatan penyakit berjangkit dan juga daripada anggota di hospital.