Mesyuarat Kesiapsiagaan Menghadapi Jangkitan Ebola Virus Disease (Bundibugyo) Di DRC dan Uganda

Mesyuarat Kesiapsiagaan Menghadapi Jangkitan Ebola Virus Disease (Bundibugyo) Di DRC dan Uganda

Unit Kawalan Infeksi telah menghadiri Mesyuarat Kesiapsiagaan Menghadapi Jangkitan Ebola Virus Disease (Bundibugyo) Di DRC dan Uganda. Semasa mesyuarat tersebut, Sektor Survelan Penyakit telah membentangkan situasi semasa jangkitan Ebola (Bundibugyo) dan garis panduan Ebola 2023. Mesyuarat juga membincangkan aspek penilaian risiko dan kesiapsiagaan, kapasiti makmal, pintu masuk antarabangsa  dan pelan komunikasi risiko.

Jabatan-jabatan yang terlibat ialah Sektor Kesiapsiagaan Kecemasan Kesihatan Awam,  Sektor Peraturan Kesihatan Antarabangsa dan Kesihatan Pengembara, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Institut Perubatan Respiratori dan Unit Komunikasi Korporat KKM.