Pelan tindakan nasional kerintangan antimikrob, Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2022–2026 telah mengenal pasti keperluan untuk membangunkan kurikulum AMR secara komprehensif di peringkat kebangsaan. Pembangunan kurikulum ini digariskan secara khusus di bawah Strategi 1.2: Strengthen AMR educational programme in school and higher learning institution dan Strategi 3.3: Strengthen of educational programme on Infection Prevention and Control (IPC) and Water Sanitation and Hygiene (WASH) in healthcare settings and community facilities.
Susulan lantikan Task Force on AMR Curriculum Development yang terdiri daripada wakil KKM, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, ahli Task Force telah melaksanakan pemetaan kurikulum sedia ada serta Analisis Jurang (Gap Analysis) di pelbagai institusi pengajian tinggi dalam Bengkel Pembangunan Kurikulum IPC & AMR Undergraduate Bil.1/2026. Aktiviti tersebut telah dijalankan dengan berpandukan dokumen rujukan standard seperti Antimicrobial resistance curriculum assessment tool for medical education dan Antimicrobial resistance curriculum assessment tool for pharmacy education.



