PATH merupakan sebuah organisasi bukan untung (nonprofit) global yang berfokus kepada usaha mencapai ekuiti atau kesaksamaan dalam bidang kesihatan. Melalui PATH Southeast Asia Hub, organisasi ini bekerjasama dengan pemimpin, komuniti, dan penggerak tempatan untuk membina sistem kesihatan yang mampan bagi menangani pelbagai cabaran kesihatan yang sentiasa berubah di rantau ini. Setakat ini, PATH telah menyokong program di Vietnam, Laos, Indonesia, Kemboja, dan Filipina. Antara fokus utama PATH adalah sekuriti kesihatan, penyakit tidak berjangkit (NCD), serta pendigitalan ekosistem kesihatan.
Unit Kawalan Infeksi, CPRSK bersama-sama Co-coordinators Human Health TWG 2:Surveillance & Research telah menghadiri pembentangan secara dalam talian oleh pihak PATH (Program for Appropriate Technology in Health) yang bertajuk “Enhancing the AMR surveillance system and promoting data quality improvement and data use” .
Malaysia juga telah membentangkan sistem survelan AMR, sebagai salah satu agenda untuk mengintegrasikan survelan dalam kerangka One Health kebangsaan untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pihak PATH. Melalui pengalaman PATH membangunkan sistem digital survelan AMR di Vietnam, wakil daripada Malaysia turut sama mengenalpasti cabaran serta penyelesaian dalam pelaksanaan survelan secara digital, daripada segi teknikal, sumber dan mekanisme penyelarasan di peringkat kebangsaan. Seterusnya, platform perkongsian ini juga memberi peluang untuk meneroka jalinan kerjasama merentas sempadan dalam pelaksanaan program AMR, seperti pembangunan kapasiti, perkongsian maklumat serta khidmat perundingan.


