Bengkel Pembangunan Malaysian Action Plan on Infection Prevention and Control (MyAPIPC) 2026-2030 Bil.1/2026. telah diadakan pada 12 – 13 Mei 2026 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Bengkel ini bertujuan untuk membangunkan pelan tindakan kebangsaan MyAPIPC 2026-2030.
Bengkel ini telah menghimpunkan wakil daripada JKN, PKD, BPKK, hospital KKM, universiti dan ATM, dengan kepakaran penyakit berjangkit, kesihatan keluarga dan mikrobiologi klinikal dalam kumpulan yang menerajui 8 halatuju strategik, selaras dengan WHO Global Action Plan 2024-2030.
Selain itu, bengkel telah membentangkan dan membincangkan dapatan analisis SWOT yang telah dilaksanakan terlebih dahulu di peringkat negeri oleh Penyelaras IPC negeri. Seterusnya, bengkel telah berjaya merumuskan keutamaan strategik IPC di pelbagai peringkat pelaksanaan program. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Prioritisation Exercise – Impact vs Feasibility, Finalisation of Action, Indicator, Timeline dan Harmonisation & Integration Across SDs.


