10 – 12 Ogos 2026
Manual Penjagaan Luka (Wound Care Manual) Edisi Kedua telah diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2023 bagi memastikan garis panduan penjagaan luka sentiasa selari dengan amalan klinikal terkini yang berasaskan bukti (evidence-based practice). Seiring dengan penerbitan ini, Modul Latihan Penjagaan Luka yang telah dibangunkan pada tahun 2016 perlu dikemaskini secara menyeluruh agar kandungannya sejajar dengan manual terkini, relevan dengan keperluan perkhidmatan semasa serta mampu menyokong pemindahan pengetahuan dan pembangunan kompetensi anggota kesihatan secara lebih berstruktur.
Bengkel kedua untuk mengemaskini modul latihan penjagaan luka telah dijalankan pada 10 – 12 Ogos 2026 di Kota Bharu, Kelantan dan dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kepakaran yang terlibat dalam perkhidmatan penjagaan luka, profesion kejururawatan serta wakil daripada Institut Latihan KKM. Antara pengisian bengkel ialah pembentangan daripada setiap modul latihan, dan pengumpulan bank soalan, selain membuat penambahbaikan modul hasil perbincangan bengkel pertama sebelum ini.


