20 – 21 Ogos 2026
Mesyuarat kedua untuk membangunkan kurikulum IPC dan AMR telah dijalankan pada 20 – 21 Ogos 2026 di Ibu Pejabat KKM, Putrajaya. Mesyuarat ini merupakan susulan kepada mesyuarat terdahulu yang telah menyelaras modul pendidikan sedia ada merentas sektor. Ahli mesyuarat telah menjalankan analisis selanjutnya terhadap modul pendidikan, dengan penglibatan tambahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan Malaysia, dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan bagi memastikan analisis yang komprehensif merentas sektor dilaksanakan.
Task force yang terbahagi kepada kumpulan sekolah, siswazah, pasca siswazah dan One Health telah menjalankan gap analysis, serta membangunkan kerangka soalan yang akan diedarkan kepada semua respondent di pelbagai jenis institusi pendidikan.
