30 Julai – 2 Ogos 2026
The 12th International Congress of the Asia Pacific Society of Infection Control (APSIC 2026) telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre dari 30 Julai – 2 Ogos 2026.
Dengan tema “Innovation, Collaboration, and Resilience in IPC: Adapting to a Rapidly Evolving World”, kongres antarabangsa ini dianjurkan bersama oleh Malaysian Society of Infectious Diseases & Chemotherapy (MSIDC) dan Asia Pacific Society of Infection Control (APSIC), dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, Malaysian Society of Infection Control and Infectious Diseases (MyICID), Infusion Nurses Society (INS), Infection Control Association Malaysia (ICAM) serta Persatuan Kawalan Infeksi dan Antimikrobial Kota Kinabalu Sabah (PKIAKKS). Penganjuran ini turut mendapat sokongan daripada KKM dan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).
Majlis perasmian telah berlangsung pada 31 Julai 2026 dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia, mewakili Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Turut hadir ialah Dr. Rabindra Abeyasinghe, WHO Representative to WHO Country Office Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore; Puan Patricia Ching, Timbalan Presiden APSIC; Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Presiden MSIDC; serta Prof. Dr. Sasheela Ponnampalavanar, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur APSIC 2026.
Kongres ini menghimpunkan lebih 1,500 delegasi dari 33 buah negara, melibatkan pakar, penyelidik, profesional kesihatan dan pengamal IPC. Sebanyak 407 abstrak saintifik telah dibentangkan melalui 71 pembentangan lisan dan 336 pembentangan poster, yang mengetengahkan hasil penyelidikan, inovasi dan amalan terbaik dalam bidang IPC, AMR dan Antimicrobial Stewardship (AMS).




