Bengkel Pembangunan Garis Panduan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Malaysia Bil. 1/2026

Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) merupakan kaedah rawatan yang semakin berkembang dalam pengurusan pelbagai keadaan klinikal seperti decompression sickness, keracunan karbon monoksida, penyembuhan luka kronik, delayed radiation injury serta indikasi lain yang telah dikenal pasti. Perkhidmatan ini memerlukan tahap kawal selia yang tinggi berikutan penggunaan peralatan bertekanan tinggi dan keperluan pematuhan kepada standard teknikal serta keselamatan operasi. 

Selaku sekretariat program penjagaan luka kebangsaan, Unit Kawalan Infeksi CPRSK telah diarahkan untuk menghasilkan Garis Panduan HBOT di fasiliti KKM. Pengwujudan garis panduan ini adalah penting untuk menyeragamkan amalan, memperkukuh tadbir urus dan memastikan pematuhan kepada keperluan keselamatan serta regulatori.

Bengkel ini dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kepakaran klinikal yang menggunakan HBOT, Kementerian Pertahanan, Universiti Sains Malaysia, dan persatuan Malaysian Society of Hyperbaric and Undersea Medicine selaku pakar teknikal, serta wakil pihak regulatori iaitu  Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan wakil industri, Healing Chambers of Asia. 

Bengkel ini telah berjaya menghasilkan draf pertama National Guidelines of HBOT in Healthcare Facilities and Services in Malaysia yang mengandungi Regulatory & Technical Standard, Clinical Practice of Hyperbaric Oxygen Therapy serta Credentialing & Privileging of Hyperbaric Oxygen Therapy Facility.