Nipah Virus merupakan virus yang mempunyai kadar kematian yang tinggi dan berupaya mencetus wabak. Oleh sebab itu, pelbagai langkah yang perlu dilaksanakan bagi menyelaras kesiapsiagaan negara.
Unit Kawalan Infeksi, CPRSK telah dijemput untuk hadir bersama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Exco dan Dasar Program Kesihatan Awam Bil 1/2026 bagi membincangkan salah satu agenda mesyuarat yang berkaitan, iaitu Kertas Cadangan Pengukuhan Pengurusan Jangkitan Virus Nipah di Malaysia melalui Garis Panduan Pengurusan Jangkitan Virus Nipah di Malaysia (Kemaskini 2026).
Antara aspek pengurusan yang telah dibincangkan ialah kawalan infeksi kapasiti hospital yang tersedia dengan kemudahan bilik isolasi bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, selain daripada aspek diagnosis dan pengurusan kes klinikal.
