Pembentangan Berkenaan Cadangan Pelaksanaan Biozone Indoor Air Quality Solution di Intensive Care Unit (ICU), Critical Care Unit (CCU) dan Klinik Pergigian 

Sektor Implementasi Projek, Bahagian Kejuruteraan KKM telah menjemput Unit Kawalan Infeksi, CPRK untuk hadir bersama dalam pembentangan oleh Syarikat Novania Sdn. Bhd mengenai produk Biozone Indoor Air Quality System. Pembentangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan).

Produk ini menggunakan kaedah disinfeksi cahaya ultraungu (ultraviolet, UV) bagi tujuan penulenan udara dan berpotensi penggunaannya di fasiliti kesihatan. Antara cadangan pihak syarikat yang dibincangkan sesi ujian percubaan (test run) di fasiliti kesihatan. Selaku sekretariat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Kebangsaan, Unit Kawalan Infeksi CPRSK berfungsi untuk memberikan input teknikal mengenai produk tersebut, dengan bantuan daripada pihak Cawangan penilaian Teknologi Kesihatan yang turut menila bukti keberkesanan, keselamatan dan analisis keberkesanan kos.