Malaysia telah menerajui projek demonstrasi praktikal untuk menangani cabaran keutamaan IPC (Pencegahan dan Kawalan Jangkitan) di kalangan anggota ASEAN. Bidang fokus projek yang telah dipersetujui ialah Hand Hygiene (HH) and Healthcare Environmental Hygiene (HEH), dengan melibatkan pembangunan pakej sumber HH dan HEH berdasarkan panduan sedia ada oleh WHO dan Clean Hospital.
Projek rintis ini telah dijalankan pada bulan April dan Mei 2026 di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kajang untuk memurnikan bahan-bahan program. Justeru, mesyuarat kali ini telah dijalankan susulan projek rintis tersebut, bagi mengumpul maklum balas projek serta menyokong hospital rintis dalam menilai amalan HH.
Hasil projek ini dijangka akan menghasilkan suatu panduan pelaksanaan untuk menyokong hospital-hospital di negara ASEAN, menjana lessons learned, seterusnya menambahbaik peralatan pakej sumber seperti templat Excel HH dan HEH.

