Introduction to Genpax UK

Introduction to Genpax UK

Genomic Pathogen Analysis (Genpax) merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan profesional dan penyelesaian teknologi untuk transformasi digital.  Unit Kawalan Infeksi, CPRSK telah menghadiri pembentangan secara dalam talian oleh pihak Genpax yang mempunyai teknologi Whole Genome Sequencing, suatu analisis genomik pengesanan bakteria AMR. 

Buat masa ini, data survelan kebangsaan AMR,  National Antibiotic Resistance Surveillance dijalankan berdasarkan ujian rutin antibiotic susceptibility testing (AST) yang dikumpul melalui perisian WHONET. Data ini disumbangkan oleh hospital negeri dan daerah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hospital universiti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), hospital swasta, dan klinik kerajaan, yang dikoordinasikan oleh Institut Penyelidikan Perubatan. 

Teknologi WGS untuk survelan AMR berpotensi untuk memperkasakan hospital dan sektor kesihatan awam dalam membendung penularan AMR. Lantaran itu, pihak Malaysia telah mengambil peluang membincangkan penggunaaan teknologi ini untuk menyokong agenda pendigitalan serta pengintegrasian survelan AMR dalam kerangka One Health kebangsaan. Selain itu, kedua-dua pihak Malaysia dan Genpax UK juga meneroka jalinan kerjasama, sokongan dan dana, memandangkan teknologi ini memerlukan kos yang tinggi, infrastruktur makmal dan digital yang kukuh serta jaminan keselamatan maklumat semasa menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan yang merentasi sempadan.