REGIONAL TRIPARTITE AMR PROJECT MEETING IN MALAYSIA (18 – 19 APRIL)

Pada 18 April 2024, di Everly Hotel, Putrajaya, telah diadakan “Regional Tripartite AMR Project Meeting in Malaysia” yang dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sebagai Sekretariat bersama National AMR Committee (NARC).
Mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada lawatan pihak Regional Tripartite yang terdiri daripada wakil WHO Regional Office for the Western Pacific, Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO), dan World Organisation for Animal Health (WOAH). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, YBhg. Dato’ Dr Mohd Azman.
Pada 11 September 2023, Mesyuarat Regional Tripartite Antimicrobial Resistance (AMR) Project: Working Together to Fight Antimicrobial Resistance in Asia and The Pacific 2022-2025 telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Ketua Pengarah Kesihatan bagi membincangkan penglibatan Malaysia dalam Regional Tripartite Antimicrobial Resistance (AMR) Project yang dibiayai oleh European Union (EU). Susulan daripada mesyuarat itu, mesyuarat ini diadakan bagi menyokong aktiviti di bawah Malaysian Action Plan on AMR (MyAP-AMR) 2022-2026 dan untuk memperkukuhkan penglibatan Malaysia dalam aktiviti serantau. Selain daripada wakil-wakil organisasi di bawah Regional Tripartite, mesyuarat juga dihadiri oleh National AMR Committee (NARC) daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim.