RUNDINGAN MEJA BULAT ANTIMICROBIAL RESISTANCE (AMR) BERSAMA AHLI PARLIMEN ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, BRITISH HIGH COMMISSION KUALA LUMPUR DAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Rundingan Meja Bulat Antimicrobial Resistance (AMR) bersama Ahli Parlimen anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, British High Commission Kuala Lumpur dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertempat di British High Commission, Kuala Lumpur.

Sesi ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan kesedaran mengenai isu AMR dalam kalangan Ahli Parlimen serta untuk memberi pendedahan kepada Ahli Parlimen terhadap penglibatan Malaysia di High Level Meeting on AMR yang akan diadakan di United Nations General Assembly (UNGA) pada September 2024.

Pendekatan secara One Health dan holistik merentasi pelbagai sektor perlu diterapkan bagi menangani isu ini dan keterlibatan politik adalah penting untuk memudahkan kerjasama merentasi pelbagai sektor untuk membangunkan dasar dan strategi yang menyeluruh dalam menangani AMR di Malaysia.

YB Menteri Kesihatan telah menjelaskan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah mengisytiharkan AMR sebagai salah satu daripada sepuluh ancaman kesihatan awam. Ianya merupakan cabaran yang kompleks merentasi sektor kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan; alam sekitar, keselamatan makanan, pembangunan ekonomi serta dapat mengancam pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG.

Turut hadir YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, PYT Ailsa Terry, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, Dr Rabindra Abeyasinghe, Head of Mission and WHO Representative to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan Ahli-ahli Parlimen dari Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan.