MESYUARAT REGIONAL TRIPARTITE ANTIMICROBIAL RESISTANCE PROJECT: WORKING TOGETHER TO FIGHT ANTIMICROBIAL RESISTANCE IN ASIA AND THE PACIFIC DAN PRA-PELANCARAN MALAYSIAN ACTION PLAN ON ANTIMICROBIAL RESISTANCE (MyAP-AMR) 2022-2026

Pada 11 September 2023, bertempat di Everly Hotel Putrajaya telah berlangsung Mesyuarat Regional Tripartite Antimicrobial Resistance (AMR) Project: Working Together to Fight Antimicrobial Resistance in Asia and The Pacific yang telah dianjurkan oleh Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM selaku urusetia National Antimicrobial Resistance Committee (NARC).

Mesyuarat ini telah diadakan sempena lawatan pihak Regional Tripartite yang terdiri daripada wakil daripada World Health Organization (WHO) Regional Office for Western Pacific, Food and Agriculture of the United Nations (FAO) dan World Health Organization for Animal Health (WOAH) dan telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Mesyuarat ini berbincang mengenai Projek Regional AMR iaitu satu projek yang berlandaskan platform “One Health” bagi menyokong aktiviti-aktiviti berkaitan pelan tindakan AMR di negara ini serta penyertaan Malaysia di dalam aktiviti – aktiviti AMR di rantau ini.

Turut diadakan sewaktu mesyuarat tersebut adalah Majlis Pra-Pelancaran Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAp-AMR) 2022-2026 yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan serta wakil Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Pelan tindakan ini telah dibangunkan sebagai kesinambungan kepada pelan tindakan pertama yang merangkumi pelbagai aktiviti bagi menangani isu AMR secara menyeluruh di negara ini.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), wakil dari WHO Country Office Malaysia, United Nations Office Malaysia, wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Pendidikan Tinggi.