BENGKEL MANAGEMENT OF CARBAPENEM RESISTANT ENTEROBACTERIACEAE (CRE) IN HEALTHCARE SETTING BAGI ZON UTARA

Pada 13 September 2023, Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan telah menganjurkan Bengkel “Management of Carbapenem Resistant Enterobacteriaceae (CRE) in Healthcare Setting” bagi Zon Utara yang bertempat di Auditorium Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara (IABCU), Jitra, Kedah.

Bengkel ini merupakan siri yang keempat dijalankan pada tahun ini selepas Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur. Ianya merupakan salah satu aktiviti susulan penerbitan manual pengurusan CRE di fasiliti kesihatan pada 2019.
Sebanyak 116 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan dan jururawat daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan hospital-hospital KKM dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan memperkukuhkan pengetahuan anggota kesihatan berkaitan pengurusan kes CRE termasuk aktiviti pencegahan dan kawalan infeksi, strategi survelan, pengawalan wabak serta kaedah pengujian makmal di hospital.

Semoga ilmu yang dikongsi dapat diamalkan dengan baik dalam usaha kita bersama mengawal penyebaran kes CRE serta mengelakkan kejadian wabak di hospital.