Manual Penjagaan Luka (Wound Care Manual) Edisi Kedua telah diterbitkan oleh KKM pada tahun 2023 bagi memastikan garis panduan penjagaan luka sentiasa selari dengan amalan klinikal terkini yang berasaskan bukti (evidence-based practice). Seiring dengan penerbitan ini, Modul Latihan Penjagaan Luka yang telah dibangunkan pada tahun 2016 perlu dikemaskini secara menyeluruh agar kandungannya sejajar dengan manual terkini, relevan dengan keperluan perkhidmatan semasa serta mampu menyokong pemindahan pengetahuan dan pembangunan kompetensi anggota kesihatan secara lebih berstruktur.
Sehubungan itu, Unit Kawalan Infeksi, CPRSK selaku Sekretariat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Modul Latihan Penjagaan Luka Bil 1/2026 di Kota Kinabalu, Sabah. Bengkel ini dihadiri oleh pakar-pakar perubatan dan pegawai perubatan yang terlibat dalam perkhidmatan penjagaan luka di hospital KKM dan klinik kesihatan.
Peserta bengkel telah membentangkan semakan dan penambahbaikan yang dicadangkan mengikut bidang kepakaran masing-masing, yang meliputi basic wound principle, concept of wound care management dan practical aspect of wound care.


