Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Kebangsaan One Health (One Health Joint Plan of Action) 2026 – 2030 Sesi 2

Bengkel sesi kedua bagi pembentukan Malaysian One Health Joint Plan of Action telah dijalankan di Putrajaya dengan dihadiri wakil pelbagai sektor dalam jawatankuasa One Health kebangsaan. Bengkel ini bertujuan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti dan pelan pelaksanaan aktiviti yang telah ditetapkan semasa sesi pertama bengkel.

Aktiviti tersebut telah melibatkan pelbagai kumpulan pemegang taruh untuk penetapan sasaran dan penyediaan bajet, serta mengenalpasti aktiviti merentas sektor, seperti latihan, survelan dan pembangunan kapasiti mengikut Action Track masing-masing. Penyelarasan aktiviti dan pelan pelaksanaan ini amat penting untuk mengelakkan pertindihan tugas. Langkah ini bukan sahaja dapat mengoptimumkan sumber jabatan, malah membantu menetapkan indikator jelas, seterusnya memudahkan proses mengenal pasti bidang-bidang keutamaan.