Mesyuarat Pembangunan Garis Panduan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) Di Malaysia Bil 3/2026

Pada 15 Jun 2026, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Garis Panduan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Malaysia Bil 3/2026 yang diadakan di Putrajaya. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membangunkan garis panduan kebangsaan yang merangkumi aspek klinikal, keselamatan operasi, tadbir urus perkhidmatan serta pematuhan regulatori.

Mesyuarat ini telah memperhalusi draf garis panduan National Guidelines Of Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) in Healthcare Facilities & Services in Malaysia serta National Credentialing Framework for Hyperbaric Physicians and Hyperbaric Facility PICs in Malaysia. Dokumen ini juga akan menjadi asas kepada perancangan pembangunan perkhidmatan HBOT di fasiliti KKM pada masa hadapan.