Malaysia telah menjayakan webinar pelancaran manual terbaharu WHO bertajuk, Strengthening Clinical Diagnostic Stewardship in the Western Pacific Region – A Practical Manual pada 24 Jun 2026 dengan pembentangan oleh Dr. Mahirah binti Kamil Puat, pakar mikrobiologi klinikal daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang telah berkongsi pengalaman Malaysia mengenai tadbir urus dalam AMS.
Webinar ini memperkenalkan pendekatan praktikal untuk clinical diagnostic stewardship bagi meningkatkan penjagaan pesakit, menyokong survelan AMR dan meningkatkan pengurusan wabak. Manual ini boleh dijadikan sumber rujukan ahli klinikal, profesional makmal, pengurus hospital, penggubal dasar, dan pendidik, serta merangkumi kajian kes praktikal dewasa dan pediatrik serantau.


