Sesi Perbincangan Protokol Kajian PISIT

Berdasarkan data perkhidmatan penjagaan luka, didapati bahawa hampir separuh daripada rujukan pesakit dalam (inpatient) melibatkan kes pressure injury. Justeru, Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan telah melaksanakan usaha penambahbaikan perkhidmatan penjagaan luka, khususnya dalam menangani pressure injury di hospital KKM. 

Satu alat penilaian, iaitu Pressure Injury Screening and Intervention Tool (PISIT), telah dibangunkan oleh jawatankuasa kecil Pressure Injury bagi membolehkan penilaian risiko serta pelaksanaan intervensi awal secara sistematik oleh anggota penjagaan kesihatan, dengan tujuan mengurangkan kejadian pressure injury dan seterusnya meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.

Susulan itu, Unit Kawalan Infeksi selaku sekretariat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan telah mendapatkan pandangan, ulasan serta cadangan penambahbaikan draf cadangan kajian tersebut sebelum dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan kajian ini berjalan lancar dan mematuhi garis panduan penyelidikan klinikal yang ditetapkan. Sesi ini dijalankan dalam talian dan turut dihadiri oleh para penyelidik dan pakar dan pegawai perubatan yang mahir dalam bidang penjagaan luka dari pelbagai hospital KKM yang akan menjalankan penyelidikan dan penilaian instrumen tersebut di lapangan.