Permohonan Sistem Registri Pesakit Sektor Biostatistik dan Data Repositori, Institut Kesihatan Negara (NIH) Bagi Survelan Klinikal Unit Pencegahan dan Kawalan Infeksi

Dalam usaha pendigitalan aktiviti survelan Unit Kawalan Infeksi, suatu permohonan telah dikemukakan kepada Institut Kesihatan Negara. Mesyuarat memfokuskan kepada peralihan daripada kaedah manual kepada ekosistem digital yang lebih efisien bagi sistem survelans Multidrug-Resistant Organisms (MDRO) dan Healthcare-Associated Infections (HCAI) yang dikendalikan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan.

Mesyuarat telah mengenalpasti isu kekangan kaedah manual yang menyukarkan proses pengesahan data serta penyampaian maklum balas secara masa-nyata (real-time). Pada masa yang sama, terdapat keperluan untuk mengintegrasikan data survelans dan registri pesakit bagi memenuhi indikator prestasi utama serta memantau kadar morbiditi dan mortaliti. Cabaran yang dibincangkan termasuklah isu infrastruktur IT, kekangan platform luaran sedia ada, serta ketiadaan peruntukan belanjawan khusus untuk pembangunan sistem baharu.

Bagi langkah pertama, mesyuarat bersetuju untuk mengharmonikan fungsi survelan dan registri melalui projek rintis platform di NIH. Langkah ini akan dimulakan dengan fasa pengujian sistem REDCap sandbox bagi menilai kesesuaian aliran kerja, pengesahan pelbagai peringkat, dan paparan di peringkat fasiliti, berdasarkan Guidelines on Patient Registry Establishment and Implementation in MOH Malaysia