WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK (WAAW) PERINGKAT NEGERI – ZON PANTAI TIMUR

World Antibiotic Awareness Week peringkat negeri Kelantan

World Antibiotic Awareness Week peringkat negeri Kelantan pada 21 November – 22 November 2022 di auditorium dan lobi Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Perempuan Zainab II.Penyertaan kanak-kanak dari sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk coral speaking,video berkenaan hand hygiene dan kerintangan antibiotik.Terdapat 3 pemenang dari sekolah rendah dan 3 pemenang dari sekolah menengah.Pameran booth di lobi ACC  oleh unit kawalan infeksi,unit farmasi, unit mirobiologi dan klinik  viva (vaksin dan iv antibiotik)

KURSUS DAN SAMBUTAN “WORLD ANTIMICROBIAL AWARENESS WEEK”

PERINGKAT NEGERI PAHANG DI HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH

Sambutan World Antimicrobial Awareness Week 2022 peringkat negeri Pahang telah diadakan pada 12 Ogos 2022, bertempat di auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Pahang iaitu Dato’ Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad. Turut menghadiri majlis ini ialah Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Dr. Hjh Nor Azlina bt Abdul Aziz, dan Penyelaras Kawalan Infeksi Negeri Pahang, Dr. Dzawani bt Muhammad. Sambutan ini dihadiri seramai 120 orang peserta yang diwakilkan dari semua hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah di negeri Pahang.  Para peserta terdiri daripada golongan doktor dan juga golongan  paramedik. ‘Booth’ pameran  telah disertai oleh pihak farmasi, makmal mikrobiologi, unit kawalan infeksi dan satu wakil syarikat peralatan perubatan, selaras dengan tema tahun ini iaitu “Preventing Antimicrobial Resistance Together”.