23 Mei 2024
World Hand Hygiene Day disambut pada 5 Mei setiap tahun di seluruh dunia. Kempen yang diterajui oleh World Health Organization (WHO) ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan amalan hand hygiene dalam fasiliti kesihatan dan untuk ‘menyatukan orang ramai’ dalam menyokong peningkatan hand hygiene secara global.
Pada 23 Mei 2024, bertempat di Auditorium Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berlangsungnya Program World Hand Hygiene Day 2024 Peringkat HSAAS UPM.
Bersempena dengan program tersebut, seminar berkaitan hand hygiene turut diadakan di mana Unit Kawalan Infeksi telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan Hand Hygiene Awareness Programme (Malaysia’s Experience) dan Infection Control Nurse’s Role in Hand Hygiene Compliance yang telah masing-masing disampaikan oleh Dr Nor Farah Bakhtiar dan Matron Suhaily Othman.
Program yang dijalankan secara hibrid (fizikal dan FB live) ini telah dihadiri oleh anggota kesihatan daripada pelbagai jabatan dan disiplin.




