MESYUARAT KEMASKINI GARIS PANDUAN MANAGEMENT OF CARBAPENEM-RESISTANT ENTEROBACTERIACEAE (CRE) IN HEALTHCARE SETTING, EDISI KEEMPAT BILANGAN KEDUA

MESYUARAT KEMASKINI GARIS PANDUAN MANAGEMENT OF CARBAPENEM-RESISTANT ENTEROBACTERIACEAE (CRE) IN HEALTHCARE SETTING, EDISI KEEMPAT BILANGAN KEDUA

Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah mengadakan Mesyuarat Kemaskini Garis Panduan Management of Carbapenem-Resistant Enterobacteriaceae (CRE) in Healthcare Setting, Edisi Keempat Bilangan Kedua pada 5 Mac 2025 secara dalam talian. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat susulan kepada mesyuarat yang sama pada 7 Januari 2025 yang lalu bagi membincangkan draf pertama Garis Panduan Management of Carbapenemase-Resistant Enterobacteriaceae (CRE) in Healthcare Setting, Edisi Kelima.Inisiatif yang bertujuan untuk memperkukuhkan usaha pengawalan kerintangan antimikrob (AMR) serta memastikan manual tersebut kekal relevan dan selari dengan perkembangan terkini telah membincangkan draf yang telah dibangunkan bersama Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dan Pakar Mikrobiologi Klinikal daripada pelbagai fasiliti KKM seluruh Malaysia. Antara kemaskini yang telah dikenalpasti adalah definisi terkini jangkitan dengan terma baharu, iaitu Carbapenemase-producing Enterobacteriacae (CPE), penyeragaman ujian diagnostik makmal yang terkini bagi tujuan pengawalan wabak serta penghasilan bahan hebahan berkaitan CPE bagi tujuan meningkatkan pemahaman mengenai jangkitan CPE di kalangan anggota dan memudahkan pendidikan kesihatan terhadap pesakit.