Majlis Peluncuran dan Libat Urus Pelan Tindakan Sekuriti Kesihatan Kebangsaan (MyNAPHS) 2025-2030

Pada 11 November 2025 bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya, Majlis Peluncuran dan Libat Urus Pelan Tindakan Sekuriti Kesihatan Kebangsaan (MyNAPHS) 2025-2030 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan turut serta Dr Rabindra Abeyasinghe, WHO Representative and Head of the WHO Country Office to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore. Majlis ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara pelbagai pihak dalam memastikan kesiapsiagaan dan respons negara terhadap isu-isu sekuriti kesihatan berada pada tahap terbaik.

Selaku Focal Point untuk 2 technical points, iaitu Antimicrobial Resistance (AMR) dan Infection Prevention & Control (IPC), wakil daripada Unit Kawalan Infeksi telah hadir dalam majlis tersebut untuk memurnikan dokumen pemantauan MyNAPHS iaitu Monitoring & Evaluation Framework-KPI and dashboard reporting/Joint External Evaluation (JEE) Alignment dan Stakeholder clearance: Roles responsibilities, national targets dalam kumpulan teknikal masing-masing bersama-sama wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi. Selain itu, peserta juga terlibat dalam kajian selidik literasi kesihatan (Pra-Pelaksanaan MyNAPHS).