Pada 15 Februari 2023, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi, CKPP telah menjalankan Bengkel Pemerkukuhan Survelan Penjagaan Luka Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Tumpat. Bengkel ini dihadiri oleh wakil Pasukan Penjagaan Luka hospital-hospital di negeri Kelantan, bertujuan untuk membincangkan pencapaian tahun tahun sebelumnya dan memberi update berkaitan survelan yang terkini. Pengurusan data survelan yang efisien akan dapat membantu dalam mengenalpasti kelemahan yang memerlukan penambahbaikan atau intervensi.