Sesi Perkongsian Dalam Talian Berkaitan Wabak CRE di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai
Unit Kawalan Infeksi telah menganjurkan satu sesi perkongsian dalam talian berkaitan pengurusan wabak Carbapenem-Resistant Enterobacterales (CRE) secara dalam talian. Antara topik yang telah dibincangkan ialah AMR Outbreak Response: The WPRO 10-Step Core Investigation Framework, Outbreak Management Team serta Sharing Session on the Management of a CRE Outbreak in the NICU Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) oleh Dr Norazren Amira binti Mohd@Ab Aziz, Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi HSIP.
Sesi perkongsian ini diadakan bagi membolehkan pengalaman, cabaran, langkah kawalan serta pengajaran yang diperoleh daripada pengurusan wabak tersebut dikongsi bersama fasiliti kesihatan lain sebagai rujukan dan panduan dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta respons terhadap wabak healthcare-associated infection (HAI). Antara objektif sesi perkongsian ini adalah untuk:
- Berkongsi pengalaman, cabaran, dan amalan terbaik dalam pengurusan wabak CRE secara spesifik di NICU;
- Meningkatkan pemahaman mengenai kerangka siasatan dan respons terhadap wabak Antimicrobial Resistance (AMR) dengan memfokuskan kepada The WPRO 10-Step Core Investigation Framework berdasarkan Responding to outbreaks of antimicrobial-resistant pathogens in health-care facilities: guidance for the Western Pacific region;
- Membincangkan langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Infeksi (IPC), strategi pengesanan awal, serta tindak balas survelan yang berkesan bagi mencegah dan membendung penularan CRE; dan
- Memperkukuh kesiapsiagaan serta kapasiti fasiliti kesihatan dalam menghadapi ancaman wabak multidrug-resistant organisms (MDRO), khususnya CRE, melalui perkongsian pengalaman, pengajaran, dan faktor kejayaan sepanjang pengurusan wabak.
Bengkel ini telah dihadiri lebih 100 orang anggota, terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan serta anggota kesihatan lain daripada seluruh negara, khususnya yang bertugas di NICU, Unit Kawalan Infeksi (IPC), dan yang terlibat dalam pengurusan serta pencegahan wabak di hospital.



