Satu sesi libat urus berkaitan pembangunan National High Consequence Infectious Disease (HCID) Network telah diadakan bersama Jabatan Kesihatan Negeri dan Pengarah Hospital. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Izzuna Mudla Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan.
Bertujuan untuk membincangkan hala tuju pembangunan rangkaian National High Consequence Infectious Disease (HCID) Network termasuk pengukuhan kesiapsiagaan, koordinasi serta keupayaan pengurusan penyakit berjangkit berisiko tinggi di peringkat negeri dan hospital, sesi ini juga merupakan platform untuk mendapatkan pandangan, maklum balas serta cadangan daripada pihak JKN dan hospital berhubung pelaksanaan rangkaian HCID di peringkat kebangsaan.
Antara strategi yang akan dilaksanakan bagi menjayakan pelan ini adalah pengurusan bersama pihak hospital dengan unit kawalan infeksi hospital, pakar penyakit berjangkit, serta jurutera untuk mengenalpasti fasiliti HCID, serta pembangunan pelan pemindahan pesakit. Selain itu, pengurusan modal insan dan modul latihan akan diperkukuhkan, dengan mengambilkira cabaran kakitangan sokongan dan geografi bagi menjamin kesiapsiagaan.

