Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan telah menambah baik survelan perkhidmatan penjagaan luka, serta membangunkan Manual Audit Perkhidmatan Penjagaan Luka di Hospital dan Institusi Perubatan KKM melalui beberapa siri bengkel yang diadakan sejak tahun lalu.
Dokumen audit manual yang merupakan salah satu hasil bengkel tersebut merupakan panduan standard bagi pelaksanaan audit perkhidmatan penjagaan luka di semua hospital dan institusi perubatan KKM. Ini adalah penting bagi memastikan perkhidmatan penjagaan luka di hospital dan institusi perubatan sentiasa memenuhi piawaian dan garis panduan klinikal semasa. Sebelum manual ini diterbitkan, satu perbincangan akhir telah diadakan secara dalam talian dan dihadiri oleh ahli jawatankuasa penjagaan luka kebangsaan untuk memuktamadkan dokumen.

