Susulan daripada Bengkel Pembangunan Garis Panduan HBOT Bil 1/2026 yang telah diadakan pada 11 hingga 12 Mac 2026, satu draf awal Garis Panduan HBOT di Malaysia telah berjaya dihasilkan. Bagi tujuan memperhalusi, menambah baik serta memuktamadkan draf tersebut, Mesyuarat Pembangunan Garis Panduan HBOT Bil 2/2026 telah diadakan pada 9 April 2026 di Hospital Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini telah membincangkan dengan lebih lanjut aspek perawatan klinikal, tadbir urus perkhidmatan HBOT serta penguatkuasaan fasiliti berdasarkan input dan cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak semasa pembangunan draf awal garis panduan tersebut.
Seterusnya, ahli jawatankuasa telah melawat Jabatan Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 10 April 2026 untuk melihat aspek perkhidmatan dan perawatan secara langsung di peringkat fasiliti kesihatan.


