Bahagian Kawalan Penyakit, KKM telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Latihan Rabies Kebangsaan 2026. Bengkel ini bertujuan untuk membangunkan modul latihan yang standard dan bersepadu antara agensi merangkumi aspek klinikal, kesihatan awam, veterinar, dan diagnostik selaras dengan garis panduan global dan
serantau (ASEAN Rabies Elimination Strategy – ARES) yang disesuaikan dengan situasi semasa di lapangan.
Bengkel ini adalah berlandaskan pendekatan One Health bagi menyokong sasaran global “Zero by 30: Zero Human Deaths from Dog-Mediated Rabies by 2030” dan menyumbang kepada pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPl) KKM tahun 2026 iaitu
perluasan kakitangan kompeten dalam pengurusan kes gigitan haiwan berisiko rabies.
Bengkel dimulakan dengan slot perkongsian khas, iaitu Amalan Terbaik dalam Penghasilan Modul Latihan Berkesan oleh wakil daripada Universiti Putra Malaysia. Seterusnya, aktiviti dalam kumpulan diadakan mengikut topik Kesihatan Manusia (Klinikal & Pengurusan kes):rawatan luka, PEP, PrEP, diagnosa klinikal, ujian makmal, notifikasi), Kesihatan Awam & Veterinar (One Health & IBCM): penilaian risiko, survelan, IBCM, vaksinasi haiwan, pengambilan sampel haiwan dan Komunikasi, Perundangan, Persekitaran: Akta, komunikasi risiko/advokasi, kawalan populasi anjing, kawalan rentas agensi/sempadan, pengurusan persekitaran. Selain daripada itu, bengkel turut membangunkan nota latihan, slaid pembentangan dan soalan ujian.
Unit Kawalan Infeksi, CPRSK telah meyumbang bahan dalam pengurusan klinikal kes berkaitan langkah kawalan infeksi dan keperluan isolasi fasiliti.



