Pelan tindakan global, One Health Joint Plan of Action (OHJPA) (2022–2026) adalah diterajui oleh gabungan Quadripartite antarabangsa, iaitu WHO, FAO, UNEP dan WOAH. Kerangka kerja ini dibangunkan untuk mengimbangi dan mengoptimumkan kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan, dan ekosistem secara mampan dan merangkumi enam landasan tindakan yang saling bergantung, bertujuan untuk meningkatkan kapasiti, mengurangkan risiko jangkitan penyakit, menambah baik keselamatan makanan, menangani AMR, dan mengintegrasikan alam sekitar.
Di peringkat nasional, Bahagian Kawalan Penyakit telah menerajui pelaksanaan kerangka tadbir urus One Health di peringkat kebangsaan. Susulan daripada pembentukan jawatankuasa One Health Kebangsaan awal tahun ini, Unit Kawalan Infeksi, CPRSK selaku Focal Point AMR telah menyumbang input dalam penghasilan draf pertama Pelan Strategik Kebangsaan One Health, iaitu dalam Action Track 6: Integrating the environment into One Health.
Pelan tindakan ini mengandungi elemen tadbir urus, polisi, peraturan, pembiayaan, advokasi, pelaksanaan mengikut sektor, serta sistem maklumat, data dan perkongsian pengetahuan.

