Pihak Tripartite, iaitu FAO, WHO dan WOAH dengan sokongan Kesatuan Eropah (EU) telah menganjurkan Regional Tripartite AMR Project Closing. Webinar ini telah menelusuri kejayaan negara ahli dalam rantau pasifik barat dalam memerangi AMR.
Malaysia telah melaksanakan pelbagai aktiviti komprehensif dalam menangani isu AMR. Pada tahun 2025, fokus diberikan kepada pemerkasaan komunikasi dan kesedaran awam melalui penganjuran bengkel komunikasi strategik, bengkel libat urus bersama pihak media, serta sambutan kebangsaan World AMR Awareness Week. Langkah ini diteruskan lagi pada tahun 2026 dengan memperkukuh kerjasama sektor melalui mesyuarat pihak-pihak berkepentingan dalam sektor kesihatan manusia, sesi meja bulat mengenai Antimicrobial Stewardship (AMS), dan webinar AMS in Primary Care. Selain itu, sebuah bengkel pemetaan dan analisa situasi turut diadakan bagi menghasilkan One Health Integrated Surveillance of AMR and AMU.
Dalam sesi penutup ini, YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak Tripartite dan National AMR Committee atas pendekatan One Health dalam memperkukuh koordinasi, pengawasan, kawalan jangkitan, dan biosekuriti negara. Pada masa hadapan, fokus nasional adalah daripada sudut kemampanan (sustainability) bagi memastikan momentum sedia ada berterusan demi impak jangka panjang yang positif di Malaysia dan rantau ini dalam memerangi AMR.



