Pada 4 Mac 2026, The Third Meeting of the ASEAN One Health Network Coordinating Committee (AOHN-CC) telah dijalankan dalam talian bersama ASEAN Secretariat, yang dipengerusikan oleh Filipina (Lead Co-Chair), Malaysia (Co-Chair), Singapura (Co-Chair) dan dihadiri oleh Indonesia (Lead Country for ALD – OHI) serta Focal Points (SOMHD SOM-AMAF, ASOEN).
Mesyuarat ini bertujuan untuk menetapkan agenda dan bidang keutamaan ASEAN One Health Network bagi tahun ini. Antara perbincangan yang telah diadakan adalah berkaitan inisiatif dalam 2026-2030 Work Programmes/Plans, pemuktamadan AOHJPA Medium-Term Plan 2025-2030, penetapan AOHN Secretariat serta pelan kerjasama dan sokongan daripada Quadripartite, Asia Pacific One Health Quadripartite Secretariat dan United Kingdom Mission to ASEAN bagi pelaksanaan ASEAN OHJPA 2024-2028.
Filipina akan memimpin inisiatif AMR, iaitu Development of Implementation Plan 2026-2030 for ASEAN Strategic Framework to Combat AMR, penganjuran Multistakeholder Meeting dan laporan pelaksanaan ASEAN Strategic Framework to Combat AMR 2021-2025. Malaysia telah turut memaklumkan pencapaian penganjuran First ASEAN One Health Network dalam mesyuarat tersebut.


