Malaysia bakal menganjurkan Collective Development Meeting and Workshop for the Work Programmes of ASEAN Health Sector pada 20 – 23 April 2026. Mesyuarat ini bertujuan untuk:
- Menilai pencapaian, cabaran dan hala tuju Program Kerja AHC 1-4 berdasarkan
Laporan Tinjauan APHDA 2021-2025 oleh ERIA
- Membangunkan draf Program Kerja APHDA 2026 – 2030 bagi setiap AHC berdasarkan laporan SOMHD Guidance yang telah dipersetujui semua AMS.
- Mengenal pasti dan membincangkan bidang keutamaan di setiap AHC, termasuk bidang yang merentas kluster/sektor untuk memastikan kemandirian serta kerjasama berterusan dalam pelaksanaan Program Kerja APHDA 2026-2030.
- Membentangkan draf Program Kerja AHC untuk semakan dan maklum balas kolektif serta persetujuan semua AMS.
Unit Global Health, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam bertindak sebagai urusetia bersama ASEAN EOC Network, manakala Dr. Nor Farah Bakhtiar selaku AHC 2 Focal Points adalah bertanggungjawab dalam penyediaan dokumentasi / laporan untuk sepanjang 4 hari program ini berlangsung dengan kehadiran 100 peserta yang terdiri daripada delegasi dan sekretariat ASEAN.
Bagi menyelaras keseluruhan perancangan, pelaksanaan dan komunikasi untuk jawatankuasa yang terlibat daripada pelbagai jabatan dalam KKM, Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Bil.2/2026 telah dijalankan secara hybrid pada 25 Februari 2026. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah status terkini persediaan daripada segi pengangkutan, logistik, kewangan dan keselamatan makanan. Seterusnya, mesyuarat penyelarasan ini akan diadakan secara berkala menjelang penganjuran mesyuarat bagi menjamin kelancaran majlis kelak.

