Susulan daripada mesyuarat Roundtable Discussion on Antimicrobial Stewardship (AMS) Policy Dialogue, beberapa cadangan telah dikenal pasti termasuk pengukuhan aspek literasi kesihatan dan promosi Antimicrobial Resistance (AMR) melalui platform Technical Working Group (TWG) 1: Public Awareness and Education.
Unit Pencegahan & Kawalan Infeksi, CPRSK selaku Sekretariat NARC, bersama Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK) telah bermesyuarat dalam talian bagi membincangkan cadangan tersebut dengan lebih lanjut, yang merangkumi pendekatan literasi kesihatan dalam promosi AMR, mesej komunikasi dan strategi promosi AMR; selain daripada mendapatkan pandangan serta input bagi pengukuhan pelaksanaan aktiviti TWG 1.
Perbincangan telah menambah baik isi kandungan pendidikan AMR dengan menitikberatkan perubahan tingkahlaku serta meningkatkan literasi kesihatan di kalangan orang awam melalui pelaksanaan program kesihatan awam.
