Mesyuarat ASEAN Health Cluster 2 (AHC2) Bil 1/2026

Mesyuarat ASEAN Health Cluster 2 (AHC2) Bil 1/2026

Satu perbincangan telah diadakan melibatkan ahli-ahli ASEAN Health Cluster 2 (AHC2) yang dipengerusikan oleh Dr. Nor Zahrin binti Hasran, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Survelan) dari Bahagian Kawalan Penyakit merangkap Country Coordinator bagi ASEAN Health Cluster 2. Unit Kawalan Infeksi telah diwakili oleh Dr. Farah Syazana binti Aspar dan Dr. Shahnaz binti Md Nor selain daripada ahli-ahli lain yang terdiri daripada Focal Person AHC2.

Antara perkara yang dibincangkan ialah pelantikan focal point baharu serta perkongsian mengenai aktiviti yang dijalankan serta  tindakan susulan. Selain itu, perbincangan telah mengenal pasti aktiviti yang akan diterajui atau disertai bagi tujuan penyelarasan dan perancangan masa hadapan.

Unit Kawalan Infeksi CPRSK telah terlibat secara langsung dalam Aktiviti 5, 6, 7 dan 8 berkaitan pencegahan dan kawalan infeksi di bawah kluster AHC2 yang dipengerusikan oleh Thailand bersama US (ASEAN US IPC Task Force) seperti berikut:

  • Activity 5 on Landscape Assessment of National IPC Programs as led by Cambodia – Malaysia involved in providing assessment national and facilities 
  • Activity 6 on Understanding the Capacity to Detect, Prevent, and Respond to Carbapenem-Resistant Organisms (CROs) as led by Singapore –  HPP and Hosp Ampang involved in interview
  • Activity 7 on Develop Documents Describing Selected IPC Gaps and Opportunities to Address Them as led by Indonesia
  • Activity 8 on Prioritize and Conduct Studies to Address IPC Challenges as led by Malaysia