Mesyuarat Perbincangan Outbreak Burkholderia Cepacia Complex (BCC)

Mesyuarat Perbincangan Outbreak Burkholderia Cepacia Complex (BCC)

Pada 26 Januari 2026, satu mesyuarat Perbincangan Outbreak Burkholderia Cepacia Complex (BCC) telah diadakan secara hybrid di Bilik Mesyuarat Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal (CPRSK) dan secara atas talian melalui Google Meet. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr Azlihanis binti Abdul Hadi, Timbalan Pengarah CPRSK dan dihadiri oleh wakil daripada Hospital Melaka, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru serta Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Unit Kawalan Infeksi hospital, Bahagian Kejuruteraan KKM dan wakil daripada Syarikat Medivest.

Mesyuarat ini diadakan susulan daripada peningkatan kes BCC di Hospital Melaka pada bulan Oktober 2025 dan Januari 2026 di wad Hematologi dan Neonatologi, yang dikaitkan dengan penggunaan bahan pencuci pelbagai guna di kawasan terlibat. Tujuan mesyuarat adalah untuk membentangkan dapatan awal siasatan, menilai risiko penularan, serta membincangkan langkah kawalan dan mitigasi yang perlu dilaksanakan melibatkan semua pihak berkepentingan.

Hasil perbincangan telah membolehkan pihak-pihak berkaitan memahami situasi semasa, menilai risiko, dan merangka tindakan susulan untuk mengawal penularan BCC di kedua-dua hospital. Kerjasama antara fasiliti kesihatan, bahagian teknikal dan pihak industri diharap dapat memastikan langkah kawalan yang berkesan dan selamat bagi pesakit serta staf kesihatan.