Joint Monitoring Programme for country consultations for WASH in health care facilities Syaza

Joint Monitoring Programme for country consultations for WASH in health care facilities Syaza

Pada 21 Januari 2027, satu sesi konsultasi dalam talian telah diadakan antara KKM dengan WHO mengenai pelaporan water supply, sanitation and hygiene, WASH di fasiliti kesihatan. 

Selepas persetujuan negara anggota PBB untuk Agenda Pembangunan Mampan 2030 (2030 Sustainable Development Agenda), pihak Inter-Agency & Expert Group on SDG Indicators (IAEG-SDGs) telah melantik WHO dan UNICEF sebagai agensi penjaga yang bertanggungjawab untuk penyusunan dan pelaporan indikator global rasmi bagi sasaran SDG untuk air minuman (6.1), serta sanitasi dan kebersihan (6.2).

Selaras arahan daripada IAEG-SDGs, agensi antarabangsa yang bertanggungjawab menghasilkan anggaran negara bagi penunjuk SDG diharapkan untuk berunding dengan negara-negara terlibat mengenai interpretasi dan penggunaan data negara dalam anggaran serta laporan global. Perundingan negara JMP mengenai WASH di fasiliti kesihatan adalah satu proses di mana UNICEF dan WHO mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa kebangsaan mengenai fail negara JMP dan anggaran kemajuan WASH di fasiliti kesihatan. Oleh itu, adalah penting bagi pihak berkuasa negara yang berkaitan untuk memahami elemen-elemen penting dalam fail negara JMP dan kaedah penganggaran bagi memberikan maklum balas secara berkesan melalui perundingan ini. 

Sesi konsultasi ini diwakili oleh Unit Kawalan Infeksi CPRSK bersama-sama Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan bagi meneliti deraf pelaporan tersebut yang dijadualkan untuk penerbitan pada pertengahan tahun 2026. Laporan teknikal ini bakal menggantikan laporan sebelum ini pada tahun 2024 dengan meneliti aspek komprehensif, kebolehpercayaan dan ketepatan interpretasi data indikator yang selaras di peringkat rantau dan global bagi menyokong pemantauan SDG di peringkat global.