SEMINAR ON ANTIMICROBIAL RESISTANCE (AMR) AWARENESS AMONG NON-LIVESTOCK AGRICULTURE AND ENVIRONMENT SECTORS POLICYMAKERS

SEMINAR ON ANTIMICROBIAL RESISTANCE (AMR) AWARENESS AMONG NON-LIVESTOCK AGRICULTURE AND ENVIRONMENT SECTORS POLICYMAKERS

Pada 14 Mei 2024, bertempat di Zenith Hotel Putrajaya, satu Seminar on Antimicrobial Resistance (AMR) Awareness Among Non-Livestock Agriculture and Environment Sectors Policymakers telah dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysian One Health University Network (MyOHUN), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, serta Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai prinsip-prinsip AMR, khususnya dalam kalangan penggubal dasar bagi sektor pertanian bukan ternakan dan sektor alam sekitar bagi mengukuhkan strategi dalam menangani isu AMR.
Seminar ini adalah lanjutan daripada sesi Rundingan Meja Bulat AMR dalam kalangan Ahli Parlimen yang melibatkan sektor Kesihatan Manusia, Kesihatan Haiwan, Kesihatan Tumbuhan dan Alam Sekitar, yang telah diadakan pada 29 April 2024 sebagai persediaan bagi mesyuarat High-Level Meeting on AMR yang akan diadakan di United Nations General Assembly (UNGA) tahun ini.
Seramai 59 peserta yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan wakil dari World Health Organization Country Office Malaysia telah menghadiri seminar ini.