Healthcare associated blood stream infection (HA-BSI) merupakan salah satu adverse event yang tertinggi berlaku dikaitkan dengan penjagaan kesihatan. hospital-hospital di Malaysia melaporkan prevalen yang agak tinggi berbanding negara-negara maju. Sehubungan itu, Bengkel Pencegahan dan Intervensi HA-BSI telah diadakan di Lexis Port Dickson pada 22-23hb Feb 2023 untuk mengenalpasti isu-isu yang menyebabkan peningkatan kes dan merancang strategi yang bersesuaian dalam menangani isu yang berkaitan. Bengkel ini dihadiri oleh 68 Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi hospital-hospital KKM, Universiti dan ATM. Selain membincangkan strategi pencegahan dan intervensi, bengkel ini turut bertujuan untuk memperkasakan Pegawai Perubatan Kawalan Infeksi untuk menjadi change agent bagi program pencegahan HA-BSI ysng perlu dijalankan oleh anggota kesihatan di wad masing-masing. Diharapkan bengkel ini dapat memperkukuhkan Program Pencegahan dan Kawalan Infeksi seterusnya mengurangkan kejadian HA-BSI disamping memastikan keselamatan pesakit terjamin.
![](https://myohar.moh.gov.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Image-2023-02-23-at-10.51.22.jpeg)
![](https://myohar.moh.gov.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Image-2023-02-23-at-10.51.37-768x1024.jpeg)
![](https://myohar.moh.gov.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Image-2023-02-23-at-10.51.35-768x1024.jpeg)
![](https://myohar.moh.gov.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Image-2023-02-23-at-10.51.37-1-768x1024.jpeg)
![](https://myohar.moh.gov.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Image-2023-02-23-at-10.51.36-1-768x1024.jpeg)
![](https://myohar.moh.gov.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Image-2023-02-23-at-10.51.36-768x1024.jpeg)