MINGGU KESEDARAN ANTIBIOTIK SEDUNIA 2022
HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM
14-15 NOVEMBER 2022
Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia (WAAW) 2022 peringkat Hospital Sultan Abdul Halim anjuran Jabatan Farmasi & Bekalan disambut meriah bertempat di Auditorium HSAH dengan kehadiran Pengurusan Tertinggi Hospital, KetuaJabatan/Unit, warga hospital HSAH, Hospital Yan dan Hospital Sik. Sambutan tahun ini bertemakan “Preventing Antimicrobial Resistance Together”. Majlis sambutan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr Fauziah Bt Abdul Wahab, Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim pada 14.11.2022 diiringi dengan gimik perasmian yang menarik, persembahan montaj Jabatan Farmasi dan penyampaian hadiah kuiz intranet. Selepas majlis perasmian, tetamu kehormat dengan diiringi Jawatankuasa Minggu Kesedaran Antibiotik telah mengadakan lawatan ketapak pameran yang berlangsung di Lobi Hospital Sultan Abdul Halim. Pameran di lobi melibatkan kerjasama dari pelbagai unit dari dalam dan luar HSAH antaranya Jawatankuasa Pameran Minggu Kesedaran Antibiotik, Jawatankuasa Penggunaan Ubat Berkualti (QUMC), Georgetown Farmasi, Unit Kawalan Infeksi, Jabatan Patologi (Mikrobiologi), Unit Jagaan Luka dan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, JKN Kedah.
Aktiviti diteruskan dengan “Antibiotic Race” pada 15 November 2022 yang melibatkan 5 Jabatan di HSAH iaitu Jabatan Perubatan, Pembedahan, Ortopedik, Anestisiologi dan Farmasi. Aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia (WAAW) 2022 adalah seperti berikut:
- Kursus Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia pada 14.11.2022
- Kuiz Intranet (26-31.10.2022)
- Pameran (14.11.2022)
- Antibiotic Race (15.11.2022)
Diharapkan kempen ini dapat memberi kesedaran kepada pengamal pengubatan dan orang awam berkenaan kepentingan mencegah kerintangan antibiotik.
Hospital Sik yang berlangsung pada 22- 24 November 2022
Antimicrobial Stewardship (AMS) Team Hospital Kulim
Antimicrobial Stewardship (AMS) Team Hospital Kulim telah menganjurkan Kursus Antimicrobial Awareness Week (WAAW) 2022 bertempat di Dewan Jasmine Hospital Kulim pada 24 November 2022 dan telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Kulim, YBrs. Dr. Mithali binti Abdullah. Seramai 41 peserta dari pelbagai kakitangan kesihatan Hospital Kulim dan Hospital Baling telah menyertai kursus ini.
Kursus dimulakan dengan sesi ceramah secara hibrid oleh Dr Noralfazita bt An@Amran, Infectious Disease Physician dari Hospital Sultan Abdul Halim yang bertajuk Antimicrobial Resistance (AMR) Threat- A Silent Tsunami. Sesi ceramah ini dijalankan serentak secara live menggunakan platform FB Live Hospital Kulim. Kursus diteruskan dengan sesi interaktif yang dikendalikan oleh Puan Hong Ming Yen (Pegawai Farmasi & Penyelaras AMS Hospital Kulim) dan Dr Rozita Binti Ali (Pakar Bius Hospital Kulim) dengan menggunakan aplikasi AhaSlides. Para peserta perlu menjawab kuiz secara live melibatkan dua case scenario iaitu MRSA CRBSI dan XDR Acinetobacter baumanii VAP. Sesi petang pula diteruskan dengan aktiviti treasure hunt di mana para peserta perlu bekerjasama untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan di setiap checkpoint. Bersempena dengan tema ‘Preventing Antimicrobial Resistance Together’, aktiviti treasure hunt ini telah berjaya memperlihatkan kerjasama para peserta dari pelbagai jawatan dalam merealisasikan penggunaan antibiotik secara rasional. Pameran dan kuiz antibiotik turut telah dilangsungkan di lobi hospital kulim.
Tahniah dan terima kasih buat semua peserta di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus dijalankan. Diharap Kursus WAAW 2022 ini dapat memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan yang baru kepada para peserta.
Hospital Jitra
Unit Farmasi Hospital Baling
Sempena World Antimicrobial Awareness Week , Unit Farmasi Hospital Baling telah mengadakan aktiviti FB Live, TikTok Challenge , Game Virtual Quiz dan Booth Exhibition. Sambutan ini telah berlansung selama 2 hari iaitu pada 21 dan 22.11. 2022.
SAMBUTAN MINGGU KESEDARAN ANTIMIKROBIAL SEDUNIA
HOSPITAL SULTANAH MALIHA LANGKAWI KEDAH 2022
Bersempena dengan kempen “ World Antimicrobial Awareness Week (WAAW) “ yang disambut pada 18- 24 November setiap tahun, Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik HSM telah melancarkan sambutan Minggu Kesedarab Antimikrobial Sedunia Peringkat Hospital pada 17hb November 2022, bertempat di Ruang Legar Hospital.
Antara program yang diadakan sempena Majlis Pelancaran tersebut termasuk:
- CME : Breakthrough Against Antimicrobial Resistance
- Pameran Kesedaran Kerintangan Antimikrobial dan Kawalan Infeksi
- Pameran dan sesi interaksi Unit Mikrobiologi , Jabatan Patologi dan Transfusi
- Aktiviti Kenali Ubat Anda oleh Jabatan Farmasi
- Cabutan bertuah
- Kuiz Kesedaran Antimikrobial
Acara pada hari tersebut dirasmikan oleh Dr Akmal Naziah binti Dato’ Haji Ahmad , Pengarah Hospital diiringi Timbalan-Timbalan Pengarah.
Program yang diadakan tersebut disambut meriah dengan penyertaan melebihi 130 anggota hospital untuk bersama-sama memupuk kesedaran serta menimba pengetahuan terhadap isu kerintangan antimikrobial yang kian meruncing