Virtual Consultation Meeting of The ASEAN Contact Points for Antimicrobial Resistance

Satu mesyuarat “Virtual Consultation Meeting of the ASEAN Contact Points for Antimicrobial Resistance” di atas talian telah dijalankan pada 15-16 Mei melibatkan wakil-wakil negara-negara ASEAN termasuk sektor kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan alam sekitar. Mesyuarat yang diadakan secara maya ini membincangkan mengenai “ASEAN Strategic Framework to Combat Antimicrobial Resistance (AMR) Through One Health Approach 2019-2030” serta “Monitoring and Evaluation of the ASEAN Strategic Plan for Combating AMR”. Di antara isu yang turut dibincangkan termasuk mengenal pasti tindakan serta keterbatasan yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN dalam menjalani aktiviti yang telah dicadangkan di dalam pelan tindakan tersebut.Selain daripada negara ASEAN, badan Quadripartite yang terdiri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH), Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), dan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) akan turut membantu dalam menjalankan aktiviti serantau di bawah pelan tindakan tersebut.