Taklimat Rawatan TLD Dan PrEP Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia

Taklimat Rawatan TLD Dan PrEP Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia

Unit Kawalan Infeksi telah menghadiri Taklimat Rawatan TLD Dan PrEP Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia anjuran Sektor HIV/STI/Hepatitis C KKM yang diadakan secara dalam talian pada 20 Mac 2025. 

Taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan perkembangan terkini dalam pelaksanaan dan peluasan rawatan TLD yang merupakan rawatan yang disarankan oleh WHO sejak tahun 2018 sebagai rawatan utama bagi pesakit HIV, serta rawatan Pre Exposure Prophylaxis.

Taklimat tersebut mengandungi dasar, polisi serta panduan perawatan klinikal di fasiliti KKM yang disampaikan oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dan Pakar Perubatan Keluarga kepada pegawai dan pakar perubatan yang terlibat dalam perawatan pesakit di fasiliti kesihatan KKM. 

Ini adalah bagi memastikan pelaksanaan perluasan rawatan TLD dan PrEP yang terkini dan berkesan di fasiliti KKM selaras dengan keputusan daripada Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan dan Jawatankuasa Dasar dan Perancangan KKM.