Perbincangan Technical Working Group 1, National Antimicrobial Resistance Committee: Stakeholder Mapping

Perbincangan Technical Working Group 1, National Antimicrobial Resistance Committee: Stakeholder Mapping

Susulan Bengkel Semakan Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance, MyAP-AMR 2022–2026 serta Pembangunan Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance 2027–2031 yang telah dilaksanakan pada 4 – 6 November 2025 yang lalu, satu perbincangan Technical Working Group 1, National Antimicrobial Resistance Committee (TWG 1, NARC) : Stakeholder Mapping telah diadakan pada 11 Februari 2026 secara dalam talian.

Perbincangan ini menghimpunkan semua koordinator, sekretariat dan ahli Technical Working Group 1 (Awareness & Education) dalam pelan tindakan nasional, MyAP-AMR 2022-2026 daripada sektor kesihatan manusia dan haiwan. Bertujuan untuk mengenalpasti pihak-pihak berkepentingan dalam mengetengahkan mesej berkaitan AMR dalam masyarakat, aktiviti pemetaan pihak-pihak yang terlibat ini memfokuskan kepada kerjasama dengan pihak pempengaruh yang berperanan sebagai rakan strategik, selain penyumbang input teknikal yang komprehensif daripada pelbagai sektor. 

Dengan berpandukan dokumen teknikal daripada World Health Organization, iaitu Development and Implementation of National Action Plans for Infection Prevention and Control, mesyuarat telah mengenalpasti pelbagai badan serta agensi, serta peranan masing-masing. Pihak-pihak berkepentingan ini juga merupakan aset penting dalam penyediaan pelan tindakan nasional akan datang, MyAP-AMR 2027-2031. Berdasarkan input baharu daripada pihak berkepentingan serta pemilihan keutamaan aktiviti akan datang, pelan akan datang ini diharapkan akan dapat memperkukuh pendekatan “One Health” yang lebih holistik, merangkumi kesihatan manusia, haiwan, dan alam sekitar melalui kerjasama strategik.