PERBINCANGAN KOLABORASI BERKAITAN ANTIMICROBIAL RESISTANCE (AMR) BERSAMA PIHAK BRITISH HIGH COMMISSION (BHC) KUALA LUMPUR

Pada 7 Mac 2024, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) serta British High Commission (BHC) Kuala Lumpur telah mengadakan sesi “Roundtable on Antimicrobial Resistance (AMR)” bersama Ahli Parlimen bagi membincangkan isu dan usaha menangani kerintangan antimikrob di peringkat nasional.

Susulan dari sesi tersebut, BHC Kuala Lumpur telah menyatakan hasrat untuk meneruskan kolaborasi AMR pada tahun 2025. Sehubungan itu, satu mesyuarat hybrid telah diadakan pada 7 Februari 2025 di Bilik Mesyuarat CPRC Perkhidmatan Hospital, Bahagian Perkembangan Perubatan, dengan penyertaan wakil BHC secara fizikal dan ahli Technical Working Group (TWG) secara dalam talian. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan  kerjasama yang akan dijalankan pada tahun 2025.

Bagi memastikan kelancaran mesyuarat tersebut, satu sesi perbincangan awal antara semua koordinator TWG telah diadakan pada 27 Januari 2025. Sesi ini bertujuan untuk menyelaraskan cadangan projek atau inisiatif yang telah dikemukakan kepada BHC Kuala Lumpur dalam mesyuarat utama pada Februari. Semua pihak yang terlibat telah memberikan input yang sewajarnya bagi memastikan keberkesanan perbincangan serta kelancaran pelaksanaan kerjasama ini.